Tuesday, March 27, 2007



SELAMAT DATANG
HARGAILAH PANTAI KITA



Monday, March 26, 2007

PUISI UNTUKMU MALAYSIA

Malaysiaku,
Kaulah lambang keangungan bangsamu
Gah bergaya di persada dunia
Antara negara-negara bangsa
Lahirmu bebas merdeka
Setelah bergelut pelbagai sengsara
Bebas dari kesengsaraan yang membelenggu negara
Kau bangun dengan seribu daya
Tonggak keagungan segala budaya
Di dadamu ada segalanya
Ada bangsa yang berwibawa
Ada budaya yang pelbagai citarasa
Malaysiaku,
Kini usiamu setengah abad sudah
Kebangkitanmu begitu terasa
Dengan seribu kemenangan
Malaysiaku,
Kau ibarat gadis manis
Menjadi impian setiap jejaka
Yang mengintai di segenap ruang jendela
Memikat dan memujamu
Dirimu jinak-jinak merpati
Dipandang boleh ditangkap lari
Ini kerana pada dirimu ada segalanya
Yang sering menjadi igauan setiap teruna
Malaysiaku,
Keindahanmu begitu terasa,
Senyumanmu
Mampu menarik sesiapa saja untuk menyapa
Keindahan pantai yang putih,
Pemandangan yang indah
Bangunan berbagai-bagai rupa
Masakan enak rasanya
Siapa yang telah ke sini
Pasti teruja untuk kembali lagi
Itulah, Malaysiaku negara tercinta.




Nukilan rasa: Khamisah Baba SMK Sultan Mansor Shah

PANTAI DESA RU

PANTAI DESA RU

Kelihatan orang ramai sedang mandi-manda di pantai Desa Ru. Pasirnya yang putih dan pantainya yang landai membuatkan kanak-kanak riang ketika berada di sini. Suasana bertambah menarik kerana pantainya yang luas dan ombak putih yang menghempas ke pantai menjadikan pantai ini amat menyenangkan mata memandang.




Pemandang semulajadinya amat menarik perhatian. Pasirnya yang putih mampu untuk menggamit pengunjung untuk datang ke pantai ini. Laut yang saujana mata memandang begitu indah dan menarik sekali bagikan gadis manis yang menunggu kehadiran orang tersayang di sisi.

PANTAI TELUK CEMPEDAK

Pantai Teluk Cempedak


Pantai Teluk Cempedak terletak di Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu. Pantai yang menenangkan jiwa dan perasaan yang diambang rindu.Bila berada di pantai ini, pasti akan terhibur dengan suasananya yang tenang dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Airnya yang jernih dan pemandangan yang saujana mata memandang menggamit pelancong untuk datang kali kedua apabila berada di pantai ini.


Sebuah pantai yang anggun terletak kira-kira 5KM dari bandar Kuantan. Teluk Cempedak adalah sesuai bagi aktiviti sukan air seperti sailing, surfing, skiing dan lain-lain. Juga sesuai bagi aktiviti keluarga iaitu berkelah, bola pantai dan layang-layang. Terdapat trek Hutan Teluk Cempedak yang sesuai bagi aktiviti trekking, permainan perang dan lain-lain.



Pantai Teluk Rubiah pula merupakan sebuah private beach. Ia ‘kepunyaan’ Teluk Rubiah Golf & Beach Resort. Terletak berhampiran dengan Lumut,Perak . Pantai ini mempunyai pemandangan semulajadi yang mampu menenangkan perasaan dan mententeramkan jiwa pengunjung yang datang ke sini.
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

Pantai Port Dikson


Port Dickson
Lagun di PD
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.
Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks. Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. Port Dickson terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong. Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban - Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Tol RM2.90

Asal nama
Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Perkembangan
1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran. 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan keretapi ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah . Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa. 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini. 1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso. 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Tanjung Tuan
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Tanjung Tuan. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.



Hotel di PD
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Holtel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.

Sunday, March 25, 2007

PANTAI MALYSIA

Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara merupakan pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.
Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.Pasirnya yang putih ditutupi sebahagian daripadanya batu-batu yang pelbagai bentuk mencantikkan lagi pemandangan di sekitar pantai ini. Pasti, sesiapa saja yang mengunjungi pantai ini akan tertarik dengan pemandanganya yang indah terutama waktu senja.



Pemandang semulajadinya amat indah sekali. Tidak hairanlah ramai pengunjung termasuk pelajar sekolah sering kali membuat perkemahan di sekitar pantai ini. Ini menjadikan pantai ini sentiasa ramai dengan para pengunjung untuk datang ke sini.