Malaysiaku,Kaulah lambang keangungan bangsamu
Gah bergaya di persada dunia
Antara negara-negara bangsa
Lahirmu bebas merdeka
Setelah bergelut pelbagai sengsara
Bebas dari kesengsaraan yang membelenggu negara
Kau bangun dengan seribu daya
Tonggak keagungan segala budaya
Di dadamu ada segalanya
Ada bangsa yang berwibawa
Ada budaya yang pelbagai citarasa
Malaysiaku,

Kini usiamu setengah abad sudah
Kebangkitanmu begitu terasa
Dengan seribu kemenangan
Malaysiaku,
Kau ibarat gadis manis
Menjadi impian setiap jejaka
Yang mengintai di segenap ruang jendela
Memikat dan memujamu
Dirimu jinak-jinak merpati
Dipandang boleh ditangkap lari
Ini kerana pada dirimu ada segalanya
Yang sering menjadi igauan setiap teruna
Malaysiaku,

Keindahanmu begitu terasa,
Senyumanmu
Mampu menarik sesiapa saja untuk menyapa
Keindahan pantai yang putih,
Pemandangan yang indah
Bangunan berbagai-bagai rupa
Masakan enak rasanya
Siapa yang telah ke sini
Pasti teruja untuk kembali lagi
Itulah, Malaysiaku negara tercinta.
Nukilan rasa: Khamisah Baba SMK Sultan Mansor Shah
5 comments:
cantik gambar
menarik puisi yang baik
puisi yang puitis
Bagus.Banyak maklumat! Tapi boleh baiki dengan masukkan post anda dalam link. so tak nampak panjang berjela
Indahnya pantai tak sabar nak pegi bercuti tahniah
Post a Comment